11 September 2008

ayoh zik & pula nakko

::: ayoh zik & pula nakko :::

Assalamu'alaikum .. w.b.t

saya rasa tertarik untuk mengambil clip video ini untuk renungan kita semua .. tajuk "ayoh zik & pula nakko" digunakan kerana saya pernah dibesarkan di sana .. bersekolah di sana .. dulu sekolah hanya bangunan kayu .. time tu mudir Ust Mat Zain lagi .. Nik Adli & Nik Adilah (anak nik aziz) adalah guru yang pernah mengajar aku time tuu ..

banyak kisah best time tuu .. antaranya aku memang "kaccik" dengan ust sampai nak ponteng sekolah pun mintak dengan ust .. hee .. hee .. sorang lagi ust yang paling aku takut ialah Ust Raja .. aku memang takkan lupa kisah rumah sewa kena serbu .. dulu .. kini .. selamanya .. sebab tak masuk kelas .. tapi tak pulak diambil tindakan .. sebab "kami" serumah adalah antara pelajar harapan sekolah .. rumah kami digelar "Rumah Ganu" .. kerana semua penghuninya ialah org terengganu ..

nama-2 glamer spt Ku Week (baca waik) Din Week .. Edi Week .. Besi .. Pok Nik .. Esoh .. Joe Week .. Kocong .. Pok Sik .. Useng .. Zemang .. mana korang semua haa .. kalau jumpa citer nie .. tolong tepon laa ..

sebutan "ayoh zik" ialah panggilan nama mesra TGNA oleh penduduk setempat termasuk saya .. manakala "pula nakko" sebutan dialek orang kelantan yang bermaksud "Pulau Melaka" .. kehidupan seharian ayoh zik di rumah seperti orang biasa .. masuk kebun bawak "bedil" (senapang) .. lepas maghrib ada kuliah .. lepas subuh ada kuliah .. time bulan puasa pulak .. buat terawih .. tapi ada sikit perbezaan .. biasa ayoh zik buat 8 rakaat jer dengan membaca surah yang panjang .. pukul 10 lebih biasa habis .. tapi selepas rakaat ke 4 .. sedikit tazkirah diberikan berkaitan dengan ayat yang dibaca tadi .. kemudian sambung dan tazkirah sekali lagi ..

pendek & panjang kata .. selama aku study kat kelantan .. kebanyakkan kehidupan di sana dipenuhi dengan aktiviti agama "bagi yang mencari agama" ..

siput : lama dok gi sana ..

0 comments: