23 April 2012

antara sains & hukum agama

Assalamualaikum ..

saya sebanarnya tidak reti untuk menulis artikel-2 nim .. tapi sekadar untuk berkongsi cerita yang mungkin sedikit pelik .. tapi tak kisahlah apa pandangan masing-2 .. yang penting kita ada kompas untuk menentukan samada apa yang kita fikir .. apa yang kita buat itu .. bertepatan dengan hukum syara' ..

Dalam "Hairan Metro" Ahad 23 April 2012 .. ader sorang doktor sakit tuan sebut pasal "onani" dalam kes untuk mengelak zina .. doktor ini mengulas pasal "gelora suami isteri mingguan" .. saya pun malah nok komen @ tulis banyak-2 .. sebab saya bukan doktor .. cerita hairan metro tu boleh baca kat sini .. "gambar" ..

Lepas tu .. saya amik pulak sedikit aritkel ust zaharudin untuk dibaca bersama .. yang selebihnya .. cari kat wesite zaharuddin.net .. Lepas baca tuu .. kalau kita terasa nok buat apa yang doktor nie kata .. "doksoh" a.k.a "jangan" laa .. ambil hok agama kata dulu .. tapi kalau kita terlanjur buat doh .. taubatla pada Allah .. kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun ..

Berikut adalah jawapan yang pernah diberikan oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi berhubung dengan hukum berkaitan dengan melakukan onani :-

Kadang-kadang darah pemuda bergelora, kemudian dia menggunakan tangannya untuk mengeluarkan mani supaya alat kelaminnya itu menjadi tenang dan darahnya yang bergelora itu menurun. Cara semacam ini sekarang dikenal dengan nama onani (bahasa Arabnya: istimta' atau adatus sirriyah).

Kebanyakan para ulama mengharamkan perbuatan tersebut, di antaranya Imam Malik. Beliau memakai dalil ayat yang berbunyi:

"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, mereka yang demikian itu tidak tercela. Tetapi barangsiapa mau selain yang demikian itu, maka mereka itu adalah orang-orang yang melewati batas." (Al-Mu'minun: 5-7)

Sedang orang yang onani adalah melepaskan syahwatnya itu bukan pada tempatnya.

Sedang Ahmad bin Hanbal berpendapat, bahawa mani adalah barang lebihan. Oleh karena itu boleh dikeluarkan, seperti memotong daging lebih.

Pendapat ini diperkuat oleh Ibnu Hazm. Tetapi ulama-ulama Hanafiah memberikan Batas kebolehannya itu dalam dua perkara:

  1. Karena takut berbuat zina.
  2. Karena tidak mampu kawin.

Pendapat Imam Ahmad ini memungkinkan untuk kita ambil dalam keadaan gharizah (nafsu syahwat) itu memuncak dan dibimbangkan akan jatuh ke dalam haram. Misalnya seorang pemuda yang sedang belajar atau bekerja di tempat lain yang jauh dari negerinya, sedang pengaruh-pengaruh di hadapannya terlalu kuat dan dia bimbang akan berbuat zina. Karena itu dia tidak berdosa menggunakan cara ini (onani) untuk meredakan bergeloranya gharizah tersebut dan supaya dia tidak berlaku zina.

Link kat sini ::

http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/282-hukum-onani-lelaki-a-wanita

4 comments:

Heart Vacancy said...

Sebaiknya berpuasala... itu yg dianjurkan.. memang payah tapi itulah jalan yg terbaik. :)

Anonymous said...

yer .. PUASA adalah cara yang tebaik kerana pesanan dari Nabi .. kenapa masih ada lagi orang yang membelakangkan kata-2 nabi .. sedangkan ianya adalah Wahyu ..

SK Seri Lagenda said...

Daripada Ibnu Mas'ud R.a telah berkata...
Nabi Muhammad S.a.w telah bersabda: Wahai kaum pemuda, barang siapa di kalangan kamu yang berkemampuan untuk memberi nafkah,maka hendaklah dia berkahwin kerana perkahwinan itu mampu menundukkan pandanganmu dan menjaga kemaluanmu(daripada melakukan zina dan maksiat) maka barangsiapa yang tidak mampu untuk berkahwin maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu adalah penghalang(daripada melakukan maksiat)
http://www.facebook.com/profile.php?id=100001142715092

Anonymous said...

SK Seri Lagenda @ begitulah sedanya apa yang dipesan oleh nabi .. didengar oleh sahabat .. diambil oleh ulama' untuk dibukukan .. dibaca oleh ustaz-2 untuk pengetahuan masyarakat .. disampaikan oleh pendengar sebagai sambungan pesan-2 nabi ..