18 July 2008

solat di-mana saja berada

::: solat di-mana saja berada :::

Kuliyah Maghrib Mingguan Ustaz Azhar Idrus Di Surau Flat Bukit Kecil pada 11 Jun 2008

::: allah mengurniakan kepada Nabi Muhammad berbagai kemudahan untuk diambil oleh umat .. antaranya boleh melakukan solat di-mana saja kita berada .. dengan syarat dipatuhi semua syarat dan rukun solat .. solat adalah satu ibadah yang wajib tanpa pengecualian hatta di-dalam keadaan sakit sekalipun .. kita diwajibkan melakukan solat .. cuma cara saja berbeza ..

solat adalah ibadah yang paling besar .. kerana tanpa solat dalam kehidupan kita .. segala amalan kebajikan kita yang lain tidak diterima oleh allah .. na'uzubillah .. orang yang tidak solat .. maka tiada agama baginya .. allahu rabbi .. berapa ramai antara kita yang tidak mlakukan solat .. nasihatilah mereka .. supaya mereka kembali kepada fitrah asal .. insya'allah .. allah akan buka jalan keluar untuk kita .. :::

0 comments: