06 May 2008

Falsafah Hidup karya Dr Hamka

Falsafah Hidup karya Dr Hamka
Dipetik dari : PhotoSantai Ditulis oleh : wmsoo

Falsafah Hidup karya Dr Hamka adalah merupakan satu karya agung. Wajar disimpan dan dikaji oleh kita semua. Saya amat bertuah kerana telah dihadiah buku ini yang beredisi 1961 oleh bapa mertua saya. Sebuah buku yang beliau beli dan simpan semenjak zaman muda beliau.


Sebagai sorotan, halaman 45 membawa satu cerita yang saya salinkan disini:

" Pada suatu hari sang kancil lalu dihadapan gua tempat seekor singa yang telah tua, yang tiada kuat lagi mencari makanan, hanya menunggu mangsa dengan mempergunakan segenap kecerdikan. Demi setelah kelihatan oleh singa itu sang kancil berjalan tiada berapa jauh dari pintu , lalu dengan mulut manis dia berkata: "Silakan masuk kedalam teratak burukku, wahai Sheikh Alim Dirimba! janganlah segan2 dan malu2"

Dengan sudut mata yang tajam, sang kancil melihat kepintu gua, sambil tersenyum.

"Silakan masuk, dangan segan2 ya Sheikh!" ujar singa pula.

"Terima kasih banyak2, segala titah patik dijunjung, daulat Tuanku Raja Rimba. Harap diampun, tiadalah dapat patik masuk menjunjung duli, melainkan patik akan segera pergi".

"Apakah sebabnya demikian?" tanya singa tua itu.

"Sebab patik lihat dimuka pintu istana terlalu amat banyak jejak orang2 yang masuk ke dalam, tetapi tidak sebuah jua jejak yang menghadap keluar. Selamat tinggal, Tuanku!"

Apakah iktibar yang boleh kita ambil dari sini? Sama sama kita fikirkan.

3 comments:

wmsoo said...

Terima kasih Che Siput kerana Quote saya! Terkejut besar saya bila lihat disini dan saya anggap ini satu penghormatan peribadi dari En Siput untuk saya!

wmsoo
http://sarangsinga.blogspot.com/

siput said...

sama-2 .. sy memang dah kenal ngan abg wmsoo .. kita pernah jumpa kat pasti mawadah aritu .. lagipun sy amat tertarik dgn kisah dr hamka tuu .. dr dulu lg sy byk baca buku dia .. lagipun menda baik .. apa salah kalau kita sebarkan ..

TK abg wmsoo

wmsoo said...

Ohh, gitu pulok! Terima kasih Che Siput!!!