28 May 2008

AWAS!! vcd cetak rompak

AWAS!! vcd cetak rompak

Assalamualaikum w.b.t
kepada semua pembeli VCD ustaz azhar .. diharap tidak tertipu dengan penjualan vcd cetak rompak yang berleluasa sekarang .. antara lokasi yang telah dikenal pasti ialah di daerah kemaman .. lanun cetak rompak ini .. meniru cover atas cd dengan scan semula .. untuk mengabui orang ramai ..

antara ciri-2 vcd cetak rompak yang boleh dikenalpasti ialah : -
  1. Cover cd berwarna kelabu / blur (kurang jelas)
  2. Menggukan cd yang murah (My10s)
  3. Dijual dengan harga RM4 sekeping
  4. Dijual dengan harga RM10 untuk 3 keping dipasar-2 malam
  5. Kualiti rendah (video blur & tersekat)
  6. Pihak STUDIO MUKMIN tidak bertangungjawab
ini adalah maklumat yang saya perolehi oleh seorang pembeli yang datang untuk menukar vcd tersebut kerana takde qualiti dan tersekat .. cd yang dibeli antaranya ialah kuliah kitab MUSHOLLI di masjid batu buruk ..

diharap kepada semua pembeli dapat mengelak dari membeli vcd cetak rompak kerana sebahagian dari jumlah harga cd akan disumbangkan untuk pembangunan surau .. masjid dan madrasah (pondok) disekitar kuala terengganu .. jadi .. pembeli yang membeli vcd cetak rompak umpama merompak wang dalam tabung surau & masjid ..

setiap danging yang tumbuh dari sumber yang haram .. maka api nerakalah yang lebih utama .. lebih kesian lagi .. sekiranya ada makanan yang haram dalam perut .. segala ibadah .. doa tidak diterima oleh allah .. na'uzubillah ..

0 comments: