24 April 2008

5 perkara penting dalam islam

::: 5 perkara penting dalam islam :::

Kuliyah Maghrib Mingguan Ustaz Azhar Idrus Di Surau Flat Gelong Bilal pada 13 April 2008

::: rukun islam yang dibilang dengan 5 perkara ialah perkara asas dan perlu dipatuhi sepenuhnya .. walaupun demikian .. masih banyak lagi perkara lain yang perlu dipatuhi walupun 5 sahaja yang disebut ..

antara lain ialah perkara yang perlu dipegang / dipatuhi seperti perkara yang membatalkan solat .. membatalkan aqidah .. dan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari / diamal oleh orang yang mengaku islam .. di sini .. sesiapa yang telah mengucap 2 kalimah syahadah .. tidak semestinya mereka adalah org islam selamanya .. kerana pertengahan itu adakala mereka melakukan perkara yang boleh membatalkan aqidah .. inilah yang perlu kita pelajari supaya aqidah kita sentiasa terjaga ..

untuk menjaga aqidah mestilah belajar ilmu agama yang berkaitan dengan aqidah / tauhid / iman .. bukan dengan hanya melihat drama .. cari makan siang malam .. :::

0 comments: