16 February 2008

Panjat pagar .. Nasik lemak

Ustaz Azhar .. Panjat pagar .. Nasik lemak ..

satu kisah yang saya dapat dari blog yang menceritakan sedikit-sebanyak tentang ustaz azhar .. kalau dilihat pada cerita orang ini .. rasanya dia dulu sekolah ladang .. tapi yang menariknya .. cerita ini menggambarkan ustaz azhar yang kita kenali pada hari ini adalah orang biasa yang allah kurniakan ilmu & kelebihan padanya .. alhamdulillah ..


dipetik dari blog .. aisaralex

Pada masa tu, Ustaz Azhar ni belum lagi famous seperti sekarang. Kadangkala yang ikuti kelas pengajiannya, hanyalah kami dan 2-3 orang murid yang setia. Alhamdulillah, berkat kesabaran, kesungguhan dan keikhlasannya dalam menyampaikan ilmu, dia kini bukan saja terkenal di bumi Terengganu, tetapi juga di negeri-negeri sekitarnya (berdasarkan maklumat tidak rasmi yang saya terima). Majlis2 yang disampaikannya penuh dihadiri oleh orang ramai. Sahabat-sahabat boleh lihat sendiri dalam klip video tersebut.

Apa yang menarik berkenaan Ustaz Azhar ini, sekalipun dia berpendidikan pondok (walaupun asalnya dia bukanlah dari bidang agama, tetapi kesedaran telah mengubah halatuju hidupnya untuk mendalami bidang agama di pondok) tetapi kupasan sesuatu masalah dan isu, kerapkali diambil dari ulama'-ulama' moden dan fatwa-fatwa terkini. Pendek kata, seorang yang menggabungkan antara turath dan semasa. Ditambah lagi dengan ketegasan dan kelantangannya dalam menyatakan satu-satu pendapat dan pendirian, diselangi pula dengan lawak dan kelakar yang boleh membuatkan anda tergolek-golek ketawa :D, semua ini menjadikan majlis-majlisnya menambat hati pendengar.

Untuk memperkenalkan beliau (bagi yang belum mengenali) saya bawakan klip video ini untuk tatapan semua. Cuma sahabat-sahabat yang luar dari Terengganu atau Kelantan, mungkin terpaksa membelek kamus-kamus loghat 'Tranung Kite' untuk memahami penyampaian beliau yang amatlah pekat ke'terengganuang'nye itu. Juga secara tidak langsung sebagai menjawab satu persoalan sahabat saya berkenaan hukum mengutuk dan mengata orang yang berbuat zalim.

0 comments: