31 January 2008

manusia yang derhaka

::: manusia yang derhaka :::

salam semua .. cerita ini saya dapat dari seorang kawan .. dan dirasakan baik untuk dikongsi walaupun kisahnya tidak sehebat mana .. dan mungkin tidak ramai yang menyukainya .. tapi .. inilah kisah yang sedang berlaku sekarang .. manusia sanggup derhaka pada allah dengan meninggalkan solat .. tetapi syaitan hanya derhaka pada nabi adam a.s sahaja .. bermakna .. manusia yang meninggalkan solat lebih jahat dari syaitan .. kerana itulah .. hukum orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja .. hukumnya adalah bunuh .. na'uzubillah .. bertaubatlah .. sesungguhnya pintu taubat itu sangat luas .. dan allah maha pengampun dosa-2 hamba-2nya ..

Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan diwaktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang sesuai menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam.......Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik. Ia rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabat manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !" Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.

0 comments: