05 December 2007

perjalanan menuju akhirat

::: perjalanan menuju akhirat :::

Kuliyah Maghrib Minggu ke3 Ustaz Azhar Idrus Di Masjid Titian Baru pada 17 November 2007

::: perjalanan menuju ke akhirat amat jauh .. tentunya memerlukan bekalan yang banyak untuk sampai ke sana .. juga untuk menikmati kehidupan selepas mati .. memerlukan bekalan yang sekucupnya ..

ketahuilah .. sesungguhnya mati adalah qimat kecil untuk manusia .. sekiranya baik amalan semasa hidup di dunia dulu .. maka kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang dan sebuah taman dari taman-2 syurga .. bagi yang buruk amalanya .. maka allah sempitkan kuburnya sehingga bersilang tulang rusuknya dan salah satu dari lubang-2 api neraka .. n'uzubillah ..

allah juga menghantar sejenis ular untuk menyeksanya yang bernama (syuja'ul aqra') yang diutus khas oleh allah untuk menyeksa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja .. dikatakan dalam kitab-2 .. ular ini panjang taringya ialah sehari perjalanan .. dan sekali disengat / dipalu .. hancur seluruh tubuh hingga tenggelam 70 hasta .. aku berlindung dengan allah dari azabmu .. :::

0 comments: