26 December 2007

kelebihan memelihara anak perempuan

::: kelebihan memelihara anak perempuan :::

Kuliyah Maghrib Mingguan Ustaz Azhar Idrus Di Surau Ladang pada 11 Disember 2007

::: ibu-bapa yang menjaga anak perempuan dengan cara yang dianjurkan oleh hukum syara' .. maka allah memberi ganjaran pahala yang amat tinggi disisi allah .. tetapi ibu-bapa yang mengabaikan tanggungjawab terhadap anak perempuan mereka .. maka allah akan memberi dosa yang amat besar .. ibu-bapalah yang mencorakkan kehidupan anak-2 mereka .. samada majusi (sembah api) atau nasrani ..

ingatlah wahai ibu-bapa yang mengabaikan tanggungjawab memberi didikan agama yang cukup terhadap anak-2nya .. kamu akan ditanya dengan amanah yang diberikan .. ulama' mengatakan .. haram menikahkah anak perempuan kita dengan lelaki fasik .. siapa lelaki fasik .. ?? mereka yang melakukan / mengekali dosa kecil .. seperti memakai seluar pendek, memakai rantai, memakai gelang dan byk lagi perkara dosa yang lain terutamanya mereka yang bercouple .. na'uzubillah ..

0 comments: