12 October 2007

Free Image Hosting
::: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI :::

sebenarnya takder perkataan lain sesuai untuk diucapkan .. hanyalah "Selamat Hari Raya" yang paling sesuai .. memandangkan esok dah nak raya .. hee .. hee .. tapi kalau esok "Hari Tokki" .. nescaya aku tak akan ucapkan .. kerana esok hari rayalah .. ku ucapkan ucapan ini ..

dikesempatan yang sedikit ini .. aku susun 19 jari tangan (1 takde .. kena mercun tahun lepas) hee .. hee .. wak lolok jer .. 20 daa .. nak mintak ampun & maaf kalau tak sengaja @ memang sengaja buat silap .. nak mintak maaf jugak .. sebab tak nak susah time kat padang mahsyar nanti .. tapi kalau tak nak maaf pun .. nak buat camne .. tapi .. pe-2 hal pun nak mintak jugak ..

tak lupa juga kepada ustaz azhar .. yang bagi green light untuk meng-'internetkan' kuliahnya sebagai sedikit tazkirah yang berguna untuk semua lapisan masyarakat .. juga kepada pok nong .. yang selalu bersusah payah 'menyetel' masalah yang dihadapi oleh ford mustang aku .. walaupun terpaksa menghitamkan tangannya semata-2 untuk mengubat penyakit ford mustang .. juga .. che mat (tokey cd) yang selalu keluar negeri untuk menghantar cd kuliah ker johor .. melaka .. jerantut .. dan beberapa lokasi lain .. yang aku sendiri pun tak tahu ..

dan .. kepada sesaper yang tak disebut namanya .. sorry la .. tak sempat nak sebut semua .. banyak lagi keje
nak buat .. raya tahun depan akan disebut .. insya'allah ..

rasanya takder apa lagi yang perlu ditaip .. sebab .. aku sememangnya tak pandai mengarang (spm dulu dapat 6 jer) .. so .. akhir kata .. "selamat hari raya aidil fitri 1428 .. maaf zahir & batin .. :::

0 comments: